Senin, 29 Maret 2021

KEJADIAN JINN

KEJADIAN JINN

Kita berdoa, mohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan daripada syaitan yang dirajam sebelum membaca artikel ini.

Jin adalah makluk Allah dan ciptaan Allah. Sebagaimana manusia, ia mempunyai alamnya sendiri. Firman Allah, “Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu” (Surah Adz-Dzariyat 51:56).

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam ) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. (Al Hijr : 26-27 )

MALAIKAT DAN IBLIS.

Malaikat dijadikan daripada spektrum sebelah kanan bercahaya putih, manakala jin dijadikan dari spektrum sebelah kiri yaitu berwarna hitam dari ujung lidah api. Kita percaya jin dijadikan dari plasma atau haba dari api yang berwarna gelap atau hitam, yaitu pada sebelah kiri spektrum warna, dan ia dapat dilihat dalam warna merah gelap atau inframerah, Adapun malaikat dibuat dari warna cahaya putih yang dapat dilihat dalam cahaya ultraviolet pada sebelah paling kanan spektrum warna.

Api adalah satu manifestasi haba dan suhu. Api boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi haba hanya dapat dirasai. Haba dan suhu dapat diukur menggunakan alat ukur dan dapat diterjemahkan dalam bentuk jumlah.

Setiap lapisan api ada bahang dan ada tenaga (energy) masing-masing. Bahang api disebut sebagai haba. Di dalam haba, terdapat sumber plasma atau gas ion (ionized gas). Setiap  tahap haba ada warna berbeza. Haba paling panas ialah pada api berwarna merah. Haba paling rendah atau kecil ialah pada api berwarna hitam. Di sinilah duduknya haba awal yang mengandungi sumber plasma atau gas ion yang menjadi sumber kejadian jin. Apabila gas ion ini mendapat cukup oksigen, ia akan membesar dengan haba yang lebih kuat dan bertukar warna.

Kita membuat hipotesis bahawa Jin dibuat daripada “api” atau “smokeless fire” yang membawa erti plasma atau “ionized gas”.  Plasma boleh bertukar menjadi sesuatu yang  menyerupai benda lain termasuk objek, makluk lain seperti binatang, virus, bakteria, mahupun manusia sendiri. Plasma atau Ionized gas yang mempunyai haba boleh menyerap masuk dalam tubuh manusia. Haba boleh diserap dan menyerap dalam badan manusia dan hampir apa sahaja. Hipotesis ini akan mengaitkan antara haba panas pada Jin yang berada dalam diri manusia ketika manusia marah, tidak tenteram, bergaduh, bertengkar, mengutuk orang lain dan semua perbuatan yang disusuli dengan sifat-sifat mazmumah. Itulah aset Iblis.

Iblis adalah satu kumpulan etnis jin selain daripada syaitan. Dalam kalangan Iblis ada “syaitan”. Ketua Iblis bernama Azazil digelar “syaitan” terkutuk apabila ia sombong dan degil karena menolak perintah Allah supaya sujud kepada Allah sebagai penghormatan kepada Allah di atas penciptaan manusia bernama Adam untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.

Ketua Iblis telah berjanji dan bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan manusia dari semua sudut setelah Ketua Iblis dihalau keluar dari syurga. Ini bermakna Ketua Iblis sudah berazam untuk merusakkan manusia, memporak-perandakan rumahtangga dan masyarakat dan kehidupan manusia seluruhnya. Ini JANJI dan SUMPAH Ketua Iblis yaitu AZAZIL kepada Allah. Ketua Iblis mempunyai bala tenteranya yang terdiri daripada iblis dan syaitan dengan bilangan yang besar. Makhluk jin seperti manusia juga dapat beranak pinak dan mati. Yang tidak mati ialah Ketua Iblis yang dilewatkan waktu matinya sehingga hari kiamat.

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

Allah berfirman: “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”. Iblis menjawab: “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan”.

Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh.” Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

Allah berfirman: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya.

Dan Allah berfirman): “Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim “.

Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)” . (Al-‘Araf 7:12-20)”

Bagaimana pun, Allah menyatakan ada juga jin soleh dan jin kafir : “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang soleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda .” ( Al Jin: 11)

*


0 komentar:

Posting Komentar