GANGGUAN MAKHLUK HALUS DARI 7 JENIS JIN (VERSI BAHASA MALAYSA)
*
Kita berdoa, mohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan daripada syaitan yang dirajam sebelum membaca artikel ini.
Jin adalah makluk Allah dan ciptaan Allah. Sebagaimana manusia, ia mempunyai alamnya sendiri. Firman Allah, “Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu” (Surah Adz-Dzariyat 51:56).
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam ) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. (Al Hijr : 26-27 )
Jin terbagi kepada dua bagian : Malaikat dan Iblis. Malaikat dijadikan daripada spektrum sebelah kanan bercahaya putih, manakala jin dijadikan dari spektrum sebelah kiri yaitu berwarna hitam dari hujung lidah api. Kita percaya jin dijadikan dari plasma atau haba dari api yang berwarna gelap atau hitam, yaitu pada sebelah kiri spektrum warna, dan ia dapat dilihat dalam warna merah gelap atau infrared, Adapun malaikat dibuat dari warna cahaya putih yang dapat dilihat dalam cahaya ultraviolet pada sebelah paling kanan spektrum warna.
Api adalah satu manifestasi haba dan suhu. Api boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi haba hanya boleh dirasai. Haba dan suhu boleh diukur menggunakan alat ukur dan boleh diterjemahkan dalam bentuk kuantiti.
Setiap lapisan api ada bahang dan ada tenaga (energy) masing-masing. Bahang api disebut sebagai haba. Di dalam haba, terdapat sumber plasma atau gas ion (ionized gas). Setiap tahap haba ada warna berbeza. Haba paling panas ialah pada api berwarna merah. Haba paling rendah atau kecil ialah pada api berwarna hitam. Di sinilah duduknya haba awal yang mengandungi sumber plasma atau gas ion yang menjadi sumber kejadian jin. Apabila gas ion ini mendapat cukup oksigen, ia akan membesar dengan haba yang lebih kuat dan bertukar warna.
Kita membuat hipotesis bahawa Jin dibuat daripada “api” atau “smokeless fire” yang membawa erti plasma atau “ionized gas”. Plasma boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyerupai benda lain termasuk objek, makluk lain seperti binatang, virus, bakteria, mahupun manusia sendiri. Plasma atau Ionized gas yang mempunyai haba boleh menyerap masuk dalam tubuh manusia. Haba boleh diserap dan menyerap dalam badan manusia dan hampir apa sahaja. Hipotesis ini akan mengaitkan antara haba panas pada Jin yang berada dalam diri manusia ketika manusia marah, tidak tenteram, bergaduh, bertengkar, mengutuk orang lain dan semua perbuatan yang disusuli dengan sifat-sifat mazmumah. Itulah aset Iblis.
Iblis adalah satu kumpulan etnik jin selain daripada syaitan. Dalam kalangan Iblis ada “syaitan”. Ketua Iblis bernama Azazil digelar “syaitan” terkutuk apabila ia sombong dan degil kerana menolak perintah Allah supaya sujud kepada Allah sebagai penghormatan kepada Allah di atas penciptaan manusia bernama Adam untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Ketua Iblis telah berjanji dan bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan manusia dari semua sudut setelah Ketua Iblis dihalau keluar dari syurga. Ini bermakna Ketua Iblis sudah berazam untuk merosakkan manusia, memporak-perandakan rumahtangga dan masyarakat dan kehidupan manusia seluruhnya. Ini JANJI dan SUMPAH Ketua Iblis iaiatu Azazil kepada Allah. Ketua Iblis mempunyai bala tenteranya yang terdiri daripada iblis dan syaitan dengan bilangan yang besar. Makhluk jin seperti manusia juga boleh beranak pinak dan mati. Yang tidak mati ialah Ketua Iblis yang dilewatkan waktu matinya sehingga hari kiamat.
Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. Allah berfirman: “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”. Iblis menjawab: “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan”. Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh.” Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).
Allah berfirman: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya.Dan Allah berfirman): “Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim “. Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)” . (Al-‘Araf 7:12-20)”
Bagaimana pun, Allah menyatakan ada juga jin soleh dan jin kafir : “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang soleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza .” ( Al Jin: 11)
Dalam berpuluh kajian kes yang diteliti melibatkan penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus atau Jin, terdapat tujuh jenis tugas Jin yang dboleh dirumuskan.
1. Jin Menggoda, Menghasut
2. Jin Mengikut
3. Jin Menumpang
4. Jin Bermukim
5. Jin Sukarela-paksa
6. Jin Upahan
7. Jin Perjanjian, Saka
JIN NO. 1 JIN MENGGODA, MENGHASUT
Adalah jin paling ramai; tugasnya menggoda, melalaikan, menghasut manusia samada beriman atau tidak beriman. Ia menghasut manusia supaya menipu, bergaduh, bercakap kotor, membuat kotor, membunuh orang, dan membuat apa sahaja kerja jahat dan mungkar. Ia mengganggu rumahtangga sehingga berlaku perceraian. Ia menggoda manusia supaya berzina. Ia melalaikan orang yang sedang solat atau orang yang mahu mendekati Tuhan. Jin no 1 ini gembira bila manusia tidak solat, tidak buat amar maaruf, bercerai berai, bergaduh, dan lalai. Cara tangani Jin ini ialah dengan menguatkan NUR, aura, “inner strength” atau “electromagnetic field” dalam diri dengan amalan-amalan yang digariskan Al Quran dan Sunnah selain daripada mengamalkan bacaan doa “Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.”
Dalil menunjukkan Jin No 1 ini melakakan perbuatan menghasut, menggoda:
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
“Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup.
Dan (syaitan) berkata,”Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal(dalam syurga)”(Surah al-A’raf: ayat 20)“
Setelah Syaitan merosakkan (hubungan) antara aku dan saudara-saudaraku”(Surah Yusuf: 100) “Dan katakanlah, Ya Tuhanku…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan-syaitan”(Surah al-Mukminun: ayat 97)
Rasulullah bersabda, “Iblis membangun istananya di atas air, kemudian dari sana ia mengirimkan (menyebar) pasukannya. Kemudian sang Iblis memanggil salah satu dari pasukan yang paling pandai membuat onar atau paling berbahaya untuk melaporkan tugas yang dikerjakannya. Saya telah melakukan ini…dan itu….kata salah satu pasukan itu, namun sang Iblis menjawabnya : “kamu belum berbuat apa-apa!”. Kemudian datang lagi salah satu pasukan yang lain. “Aku tidak akan membiarkan dia sampai aku dapat memisahkan dia dengan isterinya, bagus! puji Iblis kepada pasukan yang berhasil merusak keharmonisan suami isteri tersebut.” (HR. Muslim).Firman Allah SWT maksudnya : ” … dan (syaitan) itu mengatakan, ‘Aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan ku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka…” (Surah an-Nissa’ ayat 118-119).
Firman Allah SWT maksudnya: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
JIN NO. 2. JIN MENGIKUT
Mengikut manusia ke tempat kediaman manusia. Lazimnya dia mengikut bayi-bayi kecil ke rumah tanpa disedari oleh ibubapa anak kecil. Ia menggangu bayi hingga bayi menangis ketakutan, biasanya waktu selepas matahari jatuh atau waktu maghrib, pada waktu malam, dan pada waktu sebelum matahari naik. Ada kala mata bayi terbeliak, merenung pada satu-satu tempat. Jin no 2 juga mengikut orang dewasa ke dalam rumah. Ia akan makan, tidor, mandi, berehat bersama kita.
Cara tangani Jin no 2 ini kita dari luar rumah ialah dengan membaca Bismillahirahmanirrrahim atau beri salam sebelum masuk ke dalam rumah seperti dinasihatkan oleh Nabi. Ketika itu Jin no. 2 tidak akan masuk ke dalam rumah. Malah elok juga amalkan doa “Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya” dalam aktiviti harian kita.
Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda: Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia berdoa: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ssebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah sesseorang itu memberi salam ke Atas keluarganaya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
JIN NO. 3 JIN MENUMPANG
Ialah jin yang merayau atau berjalan ke sana ke mari lalu singgah dan menumpang di rumah atau bangunan kosong atau yang ditinggalkan lama atau paling tidak rumah atau bangunan yang ditinggalkan lebih tiga hari. Apabila ia masuk menumpang, ia akan berkampung bersama suku sakatnya.
Cara tangani Jin no 3 ini ialah membaca Bismillahirahmanirrrahim atau beri salam sebelum masuk ke dalam rumah, mengebas tempat tidor dengan kain sebanyak 3 kali, dan melakukan solat serta membaca ayat-ayat Quran secara konsisten di rumah. Adalah wajar juga amalkan doa “Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya” dalam aktiviti harian kita.
Nabi s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Bila seseorang masuk rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Tidak ada penginapan bagi kamu dan tidak ada makanan malam bagi kamu. Jika seseorang itu masuk rumahnya dan tidak menyebut nama Allah, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu mendapat penginapan. Dan jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu akan mendapat penginapan dan makanan untuk malam.” Shahih Muslim no. 2018
Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda: ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ”Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu jua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” – Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
JIN NO. 4 JIN BERMUKIM
Adalah jin yang sudah bermukim di sesuatu tempat, samada di hutan, belukar, kawasan ladang, sungai, laut, bukit, gunung dan bilik air (jamban).. Mereka mempunyai keluarga dan komuniti mereka sendiri. Apabila tempat mereka dikotori, diceroboh atau diganggu, maka jin yang bermukim ini akan bertindak pertahan tempat mereka dan menyerang penceroboh dari kalangan manusia. Ia menyerang mereka yang mengotori kawasan jin bermukim. Ia mengganggu pemaju dalam pembinaan rumah/bangunan, mematikan enjin mesin yang digunakan pemaju di kawasan pembinaan, dan ia menyebabkan kemalangan berlaku di tempat pembinaan. Ia mengganggu penghuni rumah/bangunan baru setelah rumah/bangunan itu siap dan memporak perandakan penghuni dan keluarganya. Cara tangani Jin no 4 ialah dengan meNURkan rumah/bangunan baru pada permulaan masuk menghuni rumah/bangunan tersebut dan secara berterusan meNURkannya.
Nabi Muhammad s.a.w. menyebut tentang jin yang bermukim ini dalam sebuah hadis: Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah-randah. [Hadits Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak]
Dari Sa’id Al-Khudri dikatakan Rasulullah SAW bersabda, “Di dalam rumah terdapat penghuni-penghuni (jin) maka jika kamu melihat sesuatu (yang aneh) maka usirlah ia 3 kali, kalau ia pergi maka biarkanlah, tapi jika ia membandel (tidak mau pergi) maka bunuhlah, sebab ia pasti jin kafir,” [HR. Muslim]
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada satu rumah orang muslim pun kecuali di atap rumahnya terdapat jin muslim. Apabila ia menghidangkan makanan pagi, mereka (jin) pun ikut makan pagi bersama mereka. Apabila makan sore dihidangkan, mereka (jin) juga ikut makan sore bersama orang-orang muslim. Hanya saja, Allah menjaga dan menghalangi orang-orang muslim itu dari gangguan jin-jin tersebut” [HR. Abu Bakar dalam Kitab Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Atsqolani]
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jamban-jamban (WC) itu dihuni oleh Jin” [HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad]
Dari Abdullah bin Sarjas, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seseorang di antara kalian kencing di lubang”, mereka bertanya kepada Qatadah, “Mengapa tidak boleh kencing di lubang?”, Qatadah menjawab, “Rasulullah SAW mengatakan karena lubang itu adalah tempat tinggalnya golongan jin.” [HR. Nasai dan Ahmad]
Rasulullah bersabda, Janganlah kalian menjadi orang yang pertama kali masuk ke pasar atau menjadi orang yang paling akhir keluar dari pasar, karena pasar itu merupakan tempat berseterunya para syaithan. Dan di pasarlah syaithan menancapkan benderanya,” [HR. Muslim]
JIN NO. 5 JIN SUKARELA-PAKSA
Iaitu jin sukarela-paksa memasuki tubuh badan orang lain secara seru atau paksa. Jin sukarela ialah jin yang hadir atau datang dalam diri penyeru apabila ia dipanggil atau diseru.
Penyeru boleh jin ini untuk masuk berjalanji dalam alam jin dan berkomunikasi dengan jin yang lain. Jika ia digunakan untuk pertahanan ini, penyeru ini “menurun”. Jin ini biasanya digunakan untuk mencantikkan diri dan melindungi diri penyeru. Orang yang menggunakan susuk untuk mencantikkan wajah dan menarik perhatian orang lain, serta orang yang menggunakan susuk untuk mejadi kebal juga termasuk dalam kategori menyeru jin untuk memenuhi hasrat mereka ini.
Manakala jin paksa ialah jin yang masuk ke dalam tubuh manusia secara sesat atau terpaksa untuk mencari “rumah baru” atau tuan baru. Ia boleh melompat masuk ke dalam tubuh yang lemah NUR dan menguasai diri tuan barunya. Biasanya ia berlaku dalam suasana jin terdesak atau mencari tempat bersarang apabila terlibat dalam sesuatu peristiwa sesak atau terperangkap.
Jika jin ini jin kafir, maka tuan baru sukar untuk solat atau membaca al-Quran selepas ia masuk ke dalam tubuh badannya. Kalau jin itu jin Islam, ia menjadi sebaliknya iaitu tidak mengganggiu orang itu solat atau dekati al Quran tetapi tuan baru akan dikuasai oleh jin ini. Jin ini boleh menjadi khadam kepada pemilik baru ini.
Cara tangani Jin no 5 ialah pertama tinggalkan amalan seru jin masuk dalam tubuh badan atau berhenti seru jin menjadi khadam kita. Kemudian bertaubat dengan bersungguh. Bagi mereka yang dimasuki tubuh badannya oleh jin secara paksa, hendaklah mendapatkan rawatan dari perawat yang banyak NUR dan banyak pengalaman tanpa melakukan perkara-perkara syirik serta cas bayaran yang tidak masuk akal. Seterusnya perlu kukuhkan NUR dalam tubuh badannya.
JIN MASUK MELALUI MULUT
“Abu Said berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), karena setan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)” (H.R. Muslim)
Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya harus mendoakannya. Adapun menguap datangnya dari setan, karenanya tahanlah sedapat mungkin.
Apabila ia menguap terus keluar suara “haaa”, maka setan akan tertawa” (H.R. Bukhari)
JIN MASUK MELALUI KUKU.
Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya setan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang. (H.R. Ahmad)Jin masuk melalui hidung. Bahwa Nabi s.a.w.. bersabda: Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istintsar) tiga kali, karena setan itu menginap di batang hidungnya. (H.R. Muslim).
JIN MEMASUKI TELINGA.
Abdullah berkata, “Disebutkan di sisi Nabi bahwa ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan shalat (malam). Lalu beliau bersabda, ‘Setan telah kencing di telinganya (H.R. Muslim)
JIN NO. 6 JIN SUKARELA-PAKSA
Iaitu Jin upahan merupakan jin yang paling kerap menjadi sumber kepada amalan sihir yang menyiksa dan membinasakan orang yang dibenci. Jin no 6 ini dipuja oleh perawat (bomoh) dan berlaku dalam semua etnik tanpa mengira agama. Jin diupah oleh bomoh untuk melakukan sesuatu perkara “luarbiasa” serta jahat sepertimana yang dimahukan oleh pengadu yang sanggup membayar apa sahaja bagi menyusahkan atau memusnhakan orang dimusuhinya.
Jin akan menyatakan apa bentuk “pengeras” bagi melaksanakan tugas jahat itu. Terdapat berpuluh cara atau kaedah untuk menggunakan jin upahan ini untuk menyerang manusia sasaran, dari jauh atau dari dekat, melalui objek, makanan, air, pakaian, angin, udara, minyak, patung dan 1001 satu macam cara. Orang yang terkena sihir lazimnya akan bermimpi pelbagai yang pelik dan terlihat kelibat serta tanda-tanda fizikal mewakili kehadiran jin.
Cara tangani Jin no 6 ialah mesti kukuhkan NUR dalam tubuh badan dan jiwa disamping mendapatkan khidmat rawatan dari perawat yang banyak NUR dan banyak pengalaman tanpa melakukan perkara-perkara syirik serta cas bayaran yang tidak masuk akal.
Firmah Allah: “Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al Jin: 6)Firman Allah: “(aku berlindung) dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul (Q.S. Al-Falaq:3-4)
JIN NO.7 JIN UPAHAN, JIN PERJANJIAN, SAKA
Ialah jin saka yang diambil dan dipelihara oleh diri sendiri. Cara mendapatkan jin saka ini boleh berlaku dengan “mengambilnya” di tempat tertentu, diambil dari bomoh, dan diambil oleh orang lain yang ada jin saka. Lazimnya pemilik mendapatnya melalui “persetujuan” warisan (MOU – memorandum of understanding) atau melalui mimpi atau dalam sedar apabila pemilik jin saka memberikan “perjanjiannya” kepada orang seterusnya ketika ia sakit atau dalam nazak. Jin saka ini tidak mengganggu orang lain dan pada dasarnya menjaga pemiliknya, tetapi ia boleh menyerang orang lain jika tuannya atau har milik tuannya diganggu.
Jin no 7 ini juga boleh bertempur dengan Jin no 3, 4, 5 atau 6 jika Jin no 7 merasa terganggu atau terancam dengan hadirnya Jin no 3, 4, 5 atau 6 dalam “kawasannya”.
Cara tangani Jin no 7 ialah perlu dapatkan khidmat rawatan dari perawat yang banyak NUR dan banyak pengalaman bagi mengeluarkan jin saka tanpa melakukan perkara-perkara syirik serta cas bayaran yang tidak masuk akal; selepas itu, orang ini hendaklah bertaubat dan berhenti mengulang dosa dan maksiat ini.
Firmah Allah: “Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al Jin: 6)
Daripada 7 jin ini, Jin no 6 adalah yang paling bahaya kerana ia diupah menyerang mangsa secara berterusan sehingga mangsa sakit dan boleh sampai ke tahap mati. Jin yang kedua bahaya ialah jin no. 7 iaitu saka, walaupun ia tidak menyerang orang lain, ia kekal lama dalam diri tuannya, dan menyusahkan diri tuan pemilik jin ketika hampir mati.
Kesimpulannya, beriman dengan perkara ghaib adalah sebahagian daripada tuntutan iman dalam Islam sebagaimana yang digariskan dalam Rukun Iman.
Tetapi kita tidak boleh beriman dengan kuasa makhluk halus kononnya lebih kuat atau lebih hebat dari kuasa Allah SWT kerana Allah adalah Pencipta makhluk halus. Makhluk halus seperti Jin tidak boleh mengatasi kuasa Allah, tidak boleh mengalahkan ayat-ayat Al Quran, tidak boleh mengatasi manusia yang mempunyai NUR, aura atau electromagnetic field diri yang besar dan kuat. Menggunakan kuasa makhluk halus, bergantung harapannya kepadanya, dan percaya makhluk menjadi pelindung dan penyelamat manusia adalah fikiran dan perbuatan syirik. Maka bertaubatlah kepada Allah dan tinggalkanlah semua angkara dan maksiat bersama jin ini.
0 komentar:
Posting Komentar